md-back-button-icon Created with Sketch.

Terma Dan Syarat

Pengenalan

TERMA DAN SYARAT yang diterangkan di bawah mengawal penggunaan laman web Sue Homemade (suehomemade.com) oleh anda. Rujukan berkenaan:
“Anda” bermaksud individu yang menggunakan suehomemade.com untuk memesan barangan dan tertakluk kepada TERMA DAN SYARAT ini.
“Kami” atau “Kita”; bermaksud Sue Homemade.
Akses kepada laman web dan penggunaan laman web ini oleh anda merupakan persetujuan anda ke atas semua TERMA DAN SYARAT. Dalam menggunakan laman web ini anda mengesahkan bahawa anda berusia 18 tahun ke atas, atau mempunyai keizinan sah ibu bapa atau penjaga, serta berupaya dan berkemampuan penuh untuk memberikan perjanjian seperti dinyatakan dalam TERMA DAN SYARAT ini dan untuk berpegang kepada TERMA DAN SYARAT ini serta mematuhinya. Kami memegang hak untuk meminda TERMA DAN SYARAT ini pada bila-bila masa jadi kami mengesyorkan supaya anda menyemak TERMA DAN SYARAT ini secara tetap. Jika anda tidak bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT, jangan gunakan laman web ini. Laman web ini dimiliki & dikendalikan oleh Sue Homemade.

Apabila pelanggan membeli produk-produk di Sue Homemade (suehomemade.com) bermakna pelanggan telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT yang kami sediakan. Sebagai pelanggan, anda haruslah mematuhi panduan TERMA DAN SYARAT Sue Homemade (suehomemade.com). Ianya bagi melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

Pihak kami berharap, para pelanggan membaca dan memahami terlebih dahulu TERMA DAN SYARAT dan setuju sebelum membuat pembayaran.

Semua harga adalah di tetapkan oleh pihak Pengurusan Sue Homemade (suehomemade.com). Sebarang promosi akan di umumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

Segala maklumat berkenaan dengan diri anda adalah sentiasa tersimpan dalam keadaan selamat dan kami komited dalam menjaga kerahsiaan setiap maklumat pelanggan kami.

Pembayaran

Untuk pembayaran melalui ATM/CDM atau ONLIN TRANSFER anda boleh buat melalui akaun bank berikut :

CIMB :
Nama: Sue Homemade
No Akaun: 86-0191469-8

Selepas bank-in/transfer, sila maklumkan kepada kami maklumat berikut melalui sms, whatsapp atau email:
1. Nama dan kod produk
2. Nama dan alamat penuh pelanggan
3. Jumlah bayaran, akaun bank , kod atm/cdm , tarikh dan masa

Sila sms atau whatsapp kepada : 019 841 4990
atau email: [email protected]

Pemprosesan

Kami memerlukan 3 hari bekerja untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama.

Ketersediaan Stok

Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:
~ Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru.
~ Menukarkan produk dengan menginformkannya terlebih dahulu kepada pelanggan.
~ Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.
Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

Proses Penghantaran

Kelewatan penghantaran: Sekiranya barang di hantar lewat sampai diatas tangungjawab syarikat KURIR, pihak kami memohon maaf atas kelewatan tersebut.

Kerosakan barang yang di hantar: Sekiranya barang yang di hantar rosak semasa proses penghantaran, pelanggan boleh memulangkan barang yang dipesan dan pihak kami akan menggantikan dengan yang lain.

Kehilangan barang yang di hantar: Sekiranya barang yang di hantar hilang semasa penghantaran oleh syarikat KURIR, pihak kami akan bertanggung jawab atas kehilangan tersebut.

31 July 2023